Tuesday, 4 June 2013

Sambung belajar secara separuh masa

Sekarang byk universiti menawarkan kursus untuk mereka yg sedang bekerja dan berminat untuk sambung belajar secara part time seperti Universiti Terbuka (Open University), Universiti Malaya dan lain-lain. UiTM turut sama menawarkan program pembelajaran secara fleksibel melalui Institut Pendidikan NEO (INED) atau dulunya dikenali sebagai Institut Perkembangan Pendidikan.

Pelbagai kursus ditawarkan sama ada diperingkat diploma atau ijazah. Ia dijalankan secara dua kaedah iaitu secara Pengajian Luar Kampus (PLK) atau Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ). Pilihlah mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun, tidak semua kampus UiTM menawarkan pengajian tersebut. Ia bergantung kepada permintaan daripada orang ramai. Ada kampus hanya menawarkan pengajian peringkat diploma dan  ada yg menawarkan kedua-duanya (diploma dan ijazah). Untuk yuran, pelbagai kaedah diberikan sama ada melalui pinjaman (PTPTN, yayasan negeri etc) atau pun melalui pengeluaran KWSP dan pembiayaan sendiri (bagi mereka yg mampu lah yek..haha!) Saya sebagai pelajar e-PJJ menggunakan KWSP utk pembiayaan yuran. Sudah hampir 3 tahun belajar. So far so good. Boleh je terima. Bergantung pada diri masing2. Maklumat lanjut mengenai ini boleh klik sini

No comments:

Post a Comment